Wednesday, 27 July 2011

cintaku

Cinta itu tak semestinya memiliki aku gembira melihat dia bahagia walaupun bukan bersama aku”

sewaktu dia melafazkan kata untuk meninggalkan aku,aku tahu bertapa tegarnya dia.hanya air mata yang sewaktu itu mampu untuk menyatakan perasaan aku ketika itu.nina,itulah nama kekasih barunya.setelah berbulan-bulan jason meninggalkan aku tanpa sebab kini segala-galanya sudah terpapar di depan mata.selama ini aku mencari-cari jawapannya,aku lega walaupun hatiku hancur berkecai akhirnya aku tahu kenapa jason melayan aku sebegini rupa.semalaman aku menangis,kalau ku tahu begini sakitnya tidak aku ingin bercinta.setelah 2 bulan selepas rasminya penceraian aku dengan jason,aku masih tidak dapat melupakan lelaki yang berkulit sawo matang itu,dan aku tidak akan melupakannya.dia adalah perkara yang terindah yang pernah berlaku dalam hidup aku.

Cinta itu juga bila kita terima segala-gala kelemahan pasangan dengan hati yang terbuka.dalam kes jason,dia tidak pernah sayangkan aku.mungkin hanya suka dengan perangai aku yang x gedik(dia kata)..hahaha bila dia tahu kelemahan aku terbang semua rasa suka dia pada aku.suka yang jason anggap sebagai sayang.kesimpulannya,jason salah anggap dengan perasaannya sendiri.rasa sayang yang dia luahkan dulu hanyalah suka ataupun minat pada aku semata-mata.

Ataupun jason memang nak mainkan perasaan aku,tapi kalau dia betul nak mainkan perasaan aku boleh dikatakan tidak cerdik bila dia kenalkan aku dengan keluarganya.........walaupun sekarang aku dah tersangat rapat dengan keluarganya dia still tinggalkan aku.

Aku?aku yang sekarang sangat-sangat terluka dan masih merindui jason.terngiang-ngiang lagi ditelinga suara ibu dan k.ngah bercerita tentang jason yang selalu bergayut di telefon.yang pasti itu bukan aku.cinta itu juga menyakitkan dan tak ada ubat untuk itu.

Menangis....salah ke aku menangis?sedangkan itu sahaja yang mampu untuk mengubati sakit ini.jason cakap menangis itu lembik.dia suruh aku jadi kuat dengan jangan menangis.hakikatnya,menangis itu yang buat aku jadi kuat.banyak bukti yang aku ada,aku lulus exam matrikulasi walaupun masa study week aku terima berita yang dia menduakan aku.sambil menangis aku belajar.tak ada siapa tahu betapa azab nya masa itu..

sekarang.....aku tengah tunggu masa jer nak masuk universiti malaysia terengganu dengan program sarjana muda sains(kimia analisis dan persekitaran).aku berbangga dengan diri sendiri walaupun banyak halangan dan dugaan aku masih boleh teruskan hidup aku dengan cemerlang.

Nanti-nanti...aku akan lebih berhati-hati dalam mencari teman.kisah aku dengan jason banyak memberi pengajaran dan teladan dalam hidup aku.

Kepada jason...mencintai awak untuk kedua kali tidak akan berlaku dalam hidup saya walaupun hanya ada awak dan saya di muka bumi ini.

1 comment:

  1. gila comel la nisa nh... boleh kenal... muahahahahahaahahahaha....

    ReplyDelete