Thursday, 28 July 2011

sambungan....kisah aku

             Mula-mula aku x syok pun kat jason nie tp ak syok kat kawan dia tp aku senyap jer sebab aku tau mesti aku kne reject,kawan jason nie taste dia tinggi n aku x berapa nak tinggi..hehe okeh kembali ke jason td, ak syok kt dia bila dia x give up nak kawan dgn aku.lepas seminggu dia x putus-putus kejar aku then aku bg la no fon aku.
cara dia mintak no fon aku memang xley pkai..kat plkn kne basuh tray sndri so mse tgh lap tray 2 la dia ckp nak no sebab senang nak kol nanti tkut2 ade kebakaran(ibu dye yang cite kat aku),aku senyap jer sebab aku xdgr langsung pe yang dia cakap..yang aku dengar dye gelak sorang2..telinga aku pun satu time-time g2 plak nk jam..hehe tapi ayat penting aku dengar laa...tp aku x bagi time 2..sebab kteorg da jadi perhatian ramai da kat situ..jason nie memang xtau malu..

           sebulan pas2 rasmi la ak dgn jason..hehe bila time weekend aku kene bersengkang mata nak melayan si jason nie..abeh topak kt koop dia sapu..tokey rokok..mana duit x banyak kalau dah sebtg 5 hinggit..ada satu hari 2 dia tanya syg dia x..sejujurnyer aku jawab la x..x mungkin la kan baru kenal da sayang..aku pun x percaya yang dia sayang kt aku..aku suruh dia buktikan kat aku..x kisah la mcm mana pun kan..last-last kt stage dia bagi tahu yang dia sayang aku..kalau kt stage paham2 jew la kan..mentang2 cikgu xde masa tu..memang malu aku masa tue..bertambah rasa musuh aku kat si2..hohoho jason nie pandai ambil hati orang..kalakar plak 2..walaupun x hensem..hehe (dlm hati kata hensem) dia ramai peminat sampaikan ada wirawati mengaku yang jason, buah hati dia..

            Seminggu sebelum PLKN tamat, aku jmp dengan keluarga jason..kat situ laa aku mula kenal dengan ibu,ayah,kak long dan k.ngah..dik b aku x kenal lagi sebab dia x datang masa tue..hohoho
selama 3 bulan kt plkn banyak kenangan yang jason ciptakan untuk aku..sampai aku da penat nak cerita..tapi tu semua dulu, x sama macam sekarang..

          .

kisah aku

             Aku nie xde keyakinan diri,kalau boleh aku nak jadi halimunan jer sbb 2 masa aku masuk PLKN aku diam jer sampai ada wirawati lain ambil kesempatan kt aku..aku bukan sombong,aku cuma malu.malu dgn diri sendiri,mungkin.
            Aku kenal dengan jason kat PLKN masa 2 tahun 2009.Sebab dia jugak lah satu kem kenal aku..hehe
 kalau nak tahu jason 2 bdk plg fofular kt kem 2.ensem ke x ek?hmmm pada aku hensem la..hoho selain jadi wira(gelaran untuk pelatih plkn) dia nie jd penjual jugak.pembekal rokok kt kem 2.bdk wanted si jason nie..nakal bukan main..pernah jd hantu sampai ada wirawati pengsan..pas2 bley plak mengaku kat satu kem sebab xnak henfon kne rampas..of course laa..x sampai 2 ari kot kteorg ley bersama fon msg2..lagi plak ble aku da bagi no fon ak kt dia..bkn sng tau dye nk mntk no fon aku..hehehe

Wednesday, 27 July 2011

cintaku

Cinta itu tak semestinya memiliki aku gembira melihat dia bahagia walaupun bukan bersama aku”

sewaktu dia melafazkan kata untuk meninggalkan aku,aku tahu bertapa tegarnya dia.hanya air mata yang sewaktu itu mampu untuk menyatakan perasaan aku ketika itu.nina,itulah nama kekasih barunya.setelah berbulan-bulan jason meninggalkan aku tanpa sebab kini segala-galanya sudah terpapar di depan mata.selama ini aku mencari-cari jawapannya,aku lega walaupun hatiku hancur berkecai akhirnya aku tahu kenapa jason melayan aku sebegini rupa.semalaman aku menangis,kalau ku tahu begini sakitnya tidak aku ingin bercinta.setelah 2 bulan selepas rasminya penceraian aku dengan jason,aku masih tidak dapat melupakan lelaki yang berkulit sawo matang itu,dan aku tidak akan melupakannya.dia adalah perkara yang terindah yang pernah berlaku dalam hidup aku.

Cinta itu juga bila kita terima segala-gala kelemahan pasangan dengan hati yang terbuka.dalam kes jason,dia tidak pernah sayangkan aku.mungkin hanya suka dengan perangai aku yang x gedik(dia kata)..hahaha bila dia tahu kelemahan aku terbang semua rasa suka dia pada aku.suka yang jason anggap sebagai sayang.kesimpulannya,jason salah anggap dengan perasaannya sendiri.rasa sayang yang dia luahkan dulu hanyalah suka ataupun minat pada aku semata-mata.

Ataupun jason memang nak mainkan perasaan aku,tapi kalau dia betul nak mainkan perasaan aku boleh dikatakan tidak cerdik bila dia kenalkan aku dengan keluarganya.........walaupun sekarang aku dah tersangat rapat dengan keluarganya dia still tinggalkan aku.

Aku?aku yang sekarang sangat-sangat terluka dan masih merindui jason.terngiang-ngiang lagi ditelinga suara ibu dan k.ngah bercerita tentang jason yang selalu bergayut di telefon.yang pasti itu bukan aku.cinta itu juga menyakitkan dan tak ada ubat untuk itu.

Menangis....salah ke aku menangis?sedangkan itu sahaja yang mampu untuk mengubati sakit ini.jason cakap menangis itu lembik.dia suruh aku jadi kuat dengan jangan menangis.hakikatnya,menangis itu yang buat aku jadi kuat.banyak bukti yang aku ada,aku lulus exam matrikulasi walaupun masa study week aku terima berita yang dia menduakan aku.sambil menangis aku belajar.tak ada siapa tahu betapa azab nya masa itu..

sekarang.....aku tengah tunggu masa jer nak masuk universiti malaysia terengganu dengan program sarjana muda sains(kimia analisis dan persekitaran).aku berbangga dengan diri sendiri walaupun banyak halangan dan dugaan aku masih boleh teruskan hidup aku dengan cemerlang.

Nanti-nanti...aku akan lebih berhati-hati dalam mencari teman.kisah aku dengan jason banyak memberi pengajaran dan teladan dalam hidup aku.

Kepada jason...mencintai awak untuk kedua kali tidak akan berlaku dalam hidup saya walaupun hanya ada awak dan saya di muka bumi ini.